Thursday, December 10, 2009

31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya 1,000 kebaikan dan mengampuni 2,000
kesalahannya bahkab segala sesuatu yg disinari sang suria akan
meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

32. Seorang wanita yg melayani suaminya selama seminggu maka
ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu
syurga yg dia dpt masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana2 wanita yg menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya, menyediakan makan minumnya,
merenung ia pada suaminya, memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya
pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan
baginya akan tiap2 kalimah ucapannya, tiap2 langkahnya dan setiap
renungan pd suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pd hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita
mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yg
smpi ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kpd seorang isteri yg siang dan
malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yg melihat suaminya dgn kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dgn kasih sayang akan dipandang Allah dgn penuh rahmat.

36. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahin solat.

37. Wanita yg melayan baik suami yg pulang ke rumah dlm keadaan letih
akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola
emas da jika wanita memicit suami bila di suruh akan mendapat pahala
tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz; "Mana2 wanita yg berdiri atas 2 kakinya membakar
roti utk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,
maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yg buta sebelah
mata sgt baik khidmatnya kpd suami. Apabila ia menghidangkan
makanan di hadapan suami , dipegangnya pelita sehingga suaminya
selesai makan. Pd satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya, matanya yg
buta telah celik.Allah kurniakan keramat(kemuliaan) pd perempuan
itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

Tuesday, December 8, 2009

21. Wanita yg hamil akan dpt pahala beribadat pd malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala org yg berjihad
pd jalan Allah.

23. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa,
dan setiap kesakitan pd uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dpd dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita itu mati dlm masa 40hari selepas bersalin
maka dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yg memberi susu kpd anaknya daripada badannya akan dpt
satu pahala dpd tiap2 titik susu yg diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya smpi cukup tempoh 2 1/2 tahun,
maka Malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yg menangis,
maka Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yg habiskan malamnya dgn tidur yg tidak selesa kerana
menjaga anaknya yg sakit akan mendapat pahala spt membebaskan
20 org hamba.

30. Wanita yg tidak cukup tidur pd malam hari kerana menjaga anaknya
yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seleruh dosanya dan
dan apabila menghiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Saturday, December 5, 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA YG MENJADI IBU DAN ISTERI

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau 2 org ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

13. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka
pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak di hisab.

14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan2 di laut, burung di udara, Malaikat di langit,
matahari dan bulan akan beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya dan
meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha berkata"Aku bertanya kpd Rasulullah s.a.w.
"siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Baginda, "suaminya."
"siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya."

16. Seorang wanita yg apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan(Ramadan),
memelihara kehormatannya serta taat kpd suaminya, maka pasti akan masuk syurga
dari pintu mana sahaja yg dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya 10,000 tahun.

18. Apbila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik dpd 80 rakaat solat wanita yg
tidak hamil.

20. Wanita yg hamil akan dpt pahala berpuasa pd siang hari.

Tuesday, December 1, 2009

SEKADAR UTK RENUNGAN BERSAMA

Untuk entry yg seterusnya, saya ingin kongsi ini bersama anda.
Istimewanya menjadi seorang wanita. Mungkin anda pernah membacanya
kerana saya cedok dari majalah muslimah tahun 2001. Saya nk buang
koleksi majalah ni tp syg plak ilmu yg ada kat dalamnya. Makanya,
saya tuliskan di sini sbg peringatan utk diri sendiri dan anak2.

Yg baik kita jadikan tauladan....tidak ada niat yg lain.

Sunday, November 29, 2009

Gift dari Har Home Deco


Cupcakes yg ni plak adalah pemberian kahariah (Har Home Deco).
Dah dpt cupcake nih, tak payah la saya buat lg. Tak tahu nk letak
mana, saya susun atas TV jer. Tima kasih byk2 ya Ha!

Exchange craft

Cupcake ini saya terima dari mazura othman (jurra-sewcute) bulan april lalu.
Cantik kan hasil seni tgn dia. Tq zura. Harap zura sudi terima kraf jahitan
saya yg tak seberapa itu. Maaflah lambat hantar sbb saya buat asik tak jd jer.
Akhirnya, saya decide buat donut instead of cupcake.

Monday, November 16, 2009

Donut chef saida



Selalu tengok faux cupcakes...buat ngan plaster of paris, mahal la plak nk beli bahannya.
Nk buat cupcake ngan kain, ok gak. Oleh sebab banyak stok kain felt, saya buat donut lah!
Tp ini first uli, donutnya tak berapa naik. Kempis jer... Donut nih sebenarnya utk seorang
sahabat di sabah tp sebab tak berapa kemas, saya guna sendiri jer lah...pin cushion. Buat
yg lain utk dia...