Wednesday, December 16, 2009

51. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal dpd suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari
dan wanita itu akan dimandikan di dlm syurga, dan menunggu suaminya
dgn menunggang kuda yg dibuat dpd yakut.

52. Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kpd wanita yg memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dgn istiqomah.

53. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah wanita(isteri) yg solehah.

54. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat
pula kehamilannya dan ringan pula maharnya(mas kawin).

55. Sebaik2 wanita ialah wanita(isteri) yg apabila memandang kpdnya, ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaati perintah engkau
dan jika engkau berpergian, dijaga harta engkau dan dirinya.


Begitu banyaknya keistimewaan wanita di sisi Islam. Oleh itu, wahai anak2ku,
adik2ku, sahabat2ku marilah kita menjadi wanita solehah yg dimaksudkan itu.
Bukankah syurga matlamat kita?

Saturday, December 12, 2009

PESANAN RASULULLAH S.A.W. KPD KAUM WANITA

41. Pd suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah.
Baginda mendapati beberapa org wanita dlm majlis itu lalu bertanya,
"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak."
Sabda Baginda,"Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak
ada pahala bg kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kpd
suami nescaya pahalanya sama dgn ibadat2 org lelaki."

42. Wanita yg memerah susu binatang dgn "Bismillah" akan di doakan oleh
binatang itu dgn doa keberkatan.

43. Wanita yg menguli tepong gandum dgn "Bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.

44. Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir akan mendapat pahala spt
menyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg mengeluarkan peloh ketika membuat
roti, Allah akan membina 7 parit di antara dirinya dan api neraka. Jarak di
antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bg setiap wanita yg memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yg dibuat
dan memadamkan 100 perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, utk setiap wanita yg menganyam akan benang yg dibuatnya,
Allah telah menentukan 1 tmpt khas utknya di atas takhta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bg setiap wanita yg memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian utk anak2nya, maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama spt org yg memberi makan kpd 1000 org lapar dan memberi
pakaian kpd 1000 org yg tidak berpakaian.

49. "Wahai Fatimah, bg setiap wanita yg meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan utknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut
mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata org yg memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah, barang mana wanita yg meminyakkan
rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya,
Allah akan memberi minum akan dia dari sungai2 serta diringankan Allah
baginya sakaratulmaut dan akan di dapati kuburnya menjadi sebuah
taman dpd taman2 syurga dan dicatatkan Allah baginya pelepasan dari
api neraka dan selamat melintas titian sirat.

Thursday, December 10, 2009

31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya 1,000 kebaikan dan mengampuni 2,000
kesalahannya bahkab segala sesuatu yg disinari sang suria akan
meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

32. Seorang wanita yg melayani suaminya selama seminggu maka
ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu
syurga yg dia dpt masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana2 wanita yg menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya, menyediakan makan minumnya,
merenung ia pada suaminya, memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya
pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan
baginya akan tiap2 kalimah ucapannya, tiap2 langkahnya dan setiap
renungan pd suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pd hari kiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita
mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yg
smpi ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kpd seorang isteri yg siang dan
malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yg melihat suaminya dgn kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dgn kasih sayang akan dipandang Allah dgn penuh rahmat.

36. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahin solat.

37. Wanita yg melayan baik suami yg pulang ke rumah dlm keadaan letih
akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 tola
emas da jika wanita memicit suami bila di suruh akan mendapat pahala
tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz; "Mana2 wanita yg berdiri atas 2 kakinya membakar
roti utk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,
maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yg buta sebelah
mata sgt baik khidmatnya kpd suami. Apabila ia menghidangkan
makanan di hadapan suami , dipegangnya pelita sehingga suaminya
selesai makan. Pd satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil
rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokannya, matanya yg
buta telah celik.Allah kurniakan keramat(kemuliaan) pd perempuan
itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.

Tuesday, December 8, 2009

21. Wanita yg hamil akan dpt pahala beribadat pd malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala org yg berjihad
pd jalan Allah.

23. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa,
dan setiap kesakitan pd uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dpd dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita itu mati dlm masa 40hari selepas bersalin
maka dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yg memberi susu kpd anaknya daripada badannya akan dpt
satu pahala dpd tiap2 titik susu yg diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya smpi cukup tempoh 2 1/2 tahun,
maka Malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yg menangis,
maka Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yg habiskan malamnya dgn tidur yg tidak selesa kerana
menjaga anaknya yg sakit akan mendapat pahala spt membebaskan
20 org hamba.

30. Wanita yg tidak cukup tidur pd malam hari kerana menjaga anaknya
yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seleruh dosanya dan
dan apabila menghiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Saturday, December 5, 2009

KELEBIHAN SEORANG WANITA YG MENJADI IBU DAN ISTERI

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau 2 org ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

13. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka
pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak di hisab.

14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan2 di laut, burung di udara, Malaikat di langit,
matahari dan bulan akan beristighfar baginya selama mana dia taat kpd suaminya dan
meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha berkata"Aku bertanya kpd Rasulullah s.a.w.
"siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Baginda, "suaminya."
"siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya."

16. Seorang wanita yg apabila mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan(Ramadan),
memelihara kehormatannya serta taat kpd suaminya, maka pasti akan masuk syurga
dari pintu mana sahaja yg dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya 10,000 tahun.

18. Apbila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik dpd 80 rakaat solat wanita yg
tidak hamil.

20. Wanita yg hamil akan dpt pahala berpuasa pd siang hari.

Tuesday, December 1, 2009

SEKADAR UTK RENUNGAN BERSAMA

Untuk entry yg seterusnya, saya ingin kongsi ini bersama anda.
Istimewanya menjadi seorang wanita. Mungkin anda pernah membacanya
kerana saya cedok dari majalah muslimah tahun 2001. Saya nk buang
koleksi majalah ni tp syg plak ilmu yg ada kat dalamnya. Makanya,
saya tuliskan di sini sbg peringatan utk diri sendiri dan anak2.

Yg baik kita jadikan tauladan....tidak ada niat yg lain.